Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel Facebook Wan Hazel Twitter Wan Hazel Tutorial

Kau Pergi Jua…..



Kau pergi jua membawa hati ini,tinggalkan ku sendiri dalam sepi.Begitu pantas masa berlalu,April 2014 lahirnya dirimu begitu bererti buat kami sekeluarga,. Bahagianya diriku kerana dikurniakan lagi anugerah Allah ini,KUCING.Yup,ia hanya seekor kucing yang mana mungkin ada diantara kita manusia sangat membencinya,ada yang memandang jijik terhadapnya dan takot dengannya. Tapi aku dikurniakan kasih-sayang yang sangat besar terhadap makhluk kesayangan Rasullullah s.a.w ini.

2 Months
My Baby


Kami telah memberinya gelaran ‘Bam-bam’ kerana ciri-ciri fizikalnya yang berbeza berbanding kucing belaan kami yang lain kerana ia berbulu kembang walaupun baka asalnya kucing kampung je. Hari demi hari kami menjagamu seperti kamu adalah sebahagian dari keluarga kami.Menyayangimu sama seperti yang lainnya. 

Tapi takdir Allah tiada siapa yang tahu,’Bam-bam’ hanyalah pinjaman dari-Nya,perginya ’Bam-bam’ pada 11 Januari 2015 telah memberi impak yang sangat besar kepada diri ini saat aku berjauhan darimu,kerana aku yang paling menyayangimu dan banyak melayan kerenah mu,memanjakan mu. 

 Tiada kata yang mampu diungkap setelah menerima panggilan dari ibuku menyatakan ketiadaanya disebabkan punca yang tidak diketahui,kerana condition nya elok sahaja,tiada apa-apa kecederaan.Hati ini sangat rapuh dan luluh.Setitik demi setitik mutiara jernih mula menitik jatuh serta diiringi dengan tangisan halus dan akhirnya teresak-esak aku sendirian tatkala tiada siapa disisi kerana sekarang aku dirumah sewaku jauh dari keluarga tercinta. Allahuakbar,terlalu sayu hati ini,apa yang selalu ditakuti telah terjadi.Pada 3 Januari lalu aku telah bertolak ke Ibu Kota Kuala Lumpur demi kerja,tatkala itu aku sudah sebak memikirkan tidak dapat jumpa lagi ’Bam-bam’ dan yang lainnya untuk beberapa lama yang mungkin. 

2 Months
My Baby


Kedengaran macam ‘orang tak betol’ tapi sebelum meninggalkan rumah,aku memeluk kesemua kucingku dan mengucapkan selamat tinggal,tapi saat itu,hanya ’Bam-bam’ sahaja aku tidak berjumpa,tidak tau kemana ’Bam-bam’ pergi bermain,sampaila aku dikhabarkan dengan berita yang mendukacita kan ini. ’Bam-bam’ kenapa tinggalkan Kakak,kenapa cepat sangat pergi?’ Aku tak kuat Ya Allah,saat ini,berderaian air mataku menitis,sayangnya aku terhadap Si Bam-bam,rindunya aku terhadap kenakalan dan kecomelannya,belum puasku menikmati kesan kasih sayang,kau terpaksa pergi. Kuatkan aku Ya Rab.
Aku tak mampu.


2 Months
My Baby


Aku termat menyayanginya.Tapi satu hal yang selalu terjadi,bila mana aku kehilangan kucing kesayangan pastinya masa itu,aku tiada dirumah. Mungkin ada hikmah disebaliknya..SELAMAT TINGGAL SAYANG,berbahagialah kamu disana bersama PENCIPTAMU.Kakak doakan kita berjumpa lagi.I always love U ’Bam-bam’,Si Bam-bam yang gemok,manja,nakal tapi penakot dengan orang yang tak kenal.’Kakak sayang ’Bam-bam’ sangat-sangat.Terima Kasih Ya Allah,aku bersyukur diketemukan dengan ’Bam-bam’ walaupun seketika……

10 Months
T__T


 Crying…….Sobs…sobs…. T___T
















Tengs Read My Entry.Hit LIke and Comments ok