Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel Facebook Wan Hazel Twitter Wan Hazel Tutorial

Langkah-Langkah Format Hard Disk



Format Hard Disk


Mengapa Perlu Format Komputer?
Format hard disk dan install Windows XP ke dalam komputer biasanya dilakukan kerana dua sebab, iaitu:
  • Anda baru sahaja membeli komputer atau hard disk baru, jadi anda perlu memasukkan OS ke dalamnya.
  • Windows anda rosak, hang, atau dijangkiti virus. Dan install kembali Windows XP merupakan jalan terakhir yang terpaksa anda buat supaya komputer anda kembali berfungsi seperti biasa.

1. Pertama sekali, anda akan nampak satu skrin dengan mesej “Press any key to boot from CD…”. Tekan apa-apa butang di sini supaya komputer akan mula membaca dari CD Windows XP.


2. Perhatikan mesej yang mula-mula keluar, “Press F6 if you need to install a third party SCSI or or RAID driver”.  Mesej ini penting sekiranya anda install Windows XP ke atas hard disk SATA. Jika ya, tekan F6 dan masukkan disket SATA yang disertakan bersama motherboard anda. Jika tidak, abaikan mesej ini dan teruskan ke Langkah 3. (Nota: Sekiranya anda nak install Windows XP kepada hard disk SATA tapi tiada disket, ikuti langkah ini) 


3.“Welcome to Setup” dipaparkan. Tekan ENTER untuk mula install Windows XP.



 
4.Jika anda menemui skrin “Setup did not find any hard disk” ini, besar kemungkinan anda menggunakan hard disk SATA. Kembali kepada Langkah 2, atau ikuti langkah ini.

5.         “Windows XP Licensing Agreement”. Tekan F8 untuk teruskan.


6. Sekiranya hard hisk anda mempunyai Windows XP, Setup akan bertanya sekiranya anda nak baiki Windows XP yang lama tu. Tekan butang ESC kerana anda nak install Windows XP yang baru.



7.     Sekiranya hard disk anda:
  1. masih baru dan belum mempunyai sebarang partition, ikuti langkah 7 hingga 8.
  2. tapi jika ia sudah ada partition di dalamnya, teruskan pada langkah 9.
8. Buat satu partition dengan menekan butang C.


  
9. Tentukan saiz partition anda dan tekan ENTER.


 
10. Pilih partition C: untuk install Windows XP. Ingatan: Kalau anda ada fail dan dokumen penting dalam partition C:, buat backup dengan memindahkan data tersebut ke dalam partition D: ataupun ke dalam external hard drive.








10. Tekan butang C untuk setuju.



11. Tekan butang C untuk setuju.


  


12.     Pilih NTFS sebagai file system dan tekan ENTER.

13. Tekan butang F untuk format Hard Disk.


14. Setup akan mula format hard disk dan menyediakan fail bagi proses install Windows XP. Setelah proses ini selesai, komputer anda akan restart dengan sendirinya. 



Tengs Read My Entry.Hit LIke and Comments ok

No comments:

Post a Comment