Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel Facebook Wan Hazel Twitter Wan Hazel Tutorial

Tengs Read My Entry.Hit LIke and Comments ok

Nasi Arab Mandy


Salam.Hye peeps.Lamaya la hai xhupdate blog ni.kuikui.Bz sesangat sbnrnya.K la tada ape nak di update sgt,cma juz nak terobek blk sempena besday My Daddy yg lepas,me and mom were making a specially dishes for him.Nasi Arab Mandy and cake chocolate.Semua buat sendiri u olls.Jimat ongkos,sedap pun sedap.hihi.

Ok sambil tu aku pun turut belajar jugak la cara nak masak nasi arab mandy ni,takda susah mana pun.Cehhh..hihi.Maklumla mak aku mmg terer bab masak memasak ni.Jadi rugi ler lau aku xhamik peluang kan.So guys,i juzt want to share this simple recipe.K bai~~Selamat Mencuba.hee..











Resepi Nasi Mandy (Ayam)


Bahan-bahan ayam:

1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih 
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa 
2 biji bawang besar ~ dihiris bulatGaram
Sedikit pewarna kuning/ saffron ( kalau takde guna serbuk kunyit pun boleh)
Aluminium foil.

Cara penyediaan ayam:

1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.
**Semasa ayam dibakar, ayam akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air didalam ayam tersebut dan barulah bakar semula selama 10 minit atau sehingga ayam sedikit garing.
**Kuah dari ayam tadi, saya campurkan dgn saffron/pewarna kuning sebelum dimasukkan ke dalam nasi.


Nasi: 
4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi (saya pakai minyak jagung)
4 1/2 cawan air atau secukupnya
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus 
1/3 cwn kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan nasi:
1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.


Sos:
1 biji tomato ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
Garam
Gula
Perahan lemon.


Salad Arab

Bahan-bahan Salad Arab

Timun Zuccinni didadu
Daun salad
Tomato cherry didadu
Daun ketumbar
Daun pudina
1 cili merah di hiris
1 botol yogurt

Cara Penyediaan :
1. Potong semua bahan-bahan di atas
2. Letakkan yogurt dalam ni. Terus masukkan dalam peti ais biarkan sejuk. Bila nak makan nanti baru gaulkan.

Cara penyediaan:
Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.


Bahan - bahan rempah kabsa:
1 sudu makan bunga cengkih **
1 sudu makan lada hitam **
1 sudu makan jintan manis **
1 sudu makan jintan putih **
2 sudu makan biji ketumbar **
1 sudu makan buah pelaga **
1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods) **
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh kunyit

Cara penyediaan:

1. Goreng tanpa minyak bahan2 yg bertanda ** sehingga naik bau dan angkat.
2. Kemudian kisar semua bahan sehingga hancur.
3. Simpan rempah yg telah dikisar didalam bekas yg kedap udara.

Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa. Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.


p/s: sambil sambil masak tu jangan lupa berzikir ye.

















Tengs Read My Entry.Hit LIke and Comments ok

Transfer Data Dari Phone Memory Ke Memory Card For Android User Only








Hye u olls..Kembali lagi dengan tutorial terbaru.Tuto kali ni adalah untuk android user only yang mempunyai masalah insufficient storage pada telefon korang.Mesti bengang kan bagi yang suka download applications,games,selalu berhadapan dengan masalah ini.Aku pun turut sama ada masalah macam ni,pakai memory card kemain besar saiz sampai 8GB,16GB,tapi bila install pape,dalam memory phone jugak dia masuk.

So dont worry aku akan tolong korang,dah puas aku godek2 kat En.Google kebanyakkan nya suruh root phone,mmg tak ar nak buat cam tu kan?ada tu suruh install app ape menda tah,konon nak transfer kan data ke mmc,tapi xjalan jugak.So this is an effective method that im gonna help u olls.Watch the step below (: 



Buka menu > Fail manager
Untuk phone aku ,aku guna ES File Explorer

Kalau takda,korang download je File Manager kat
Play Store.

Cari Folder Android dalam Sdcard.

Seterusnya selepas open folder Android
akan ada folder data.

Buka folder data dan kat sini ada data apps
phone korang dan mark kesemua data tersebut

Dan korang klik "Move To"

Jika phone korang ada memory card maka akan
ada dua partition macam kat atas.
So korang klik pada memory card korang

Dan cari folder Android jika ada,
jika tiada korang buat folder yang bernama "Android" ok.

Dan bukak lagi folder Android tadi dan korang akan jumpa folder Data,
jika tiada buat aje la folder "Data"
Then pastekan semua data yang korang dah mark kan td.

Done!


^___^



So lepas semua data sudah dimovekan ke dalam memory card,korang akan nampak yang memory phone korang bertambah.Haa,senang je kan,hope tuto aku ni dapat tolong korang.Kalau tak paham silakan bertanya.Dah refer tuto aku ni,jangan lupa credit ye.Bukan senang nak jumpa tau.Mungkin antara korang dah lama tahu,tp tak kesahla,aku suka berkongsi menda baru or lama yang aku tau..

Kbai ^___* ~~
























Tengs Read My Entry.Hit LIke and Comments ok

MH370 Misteri & Hikmah








Selepas lebih 24 jam pesawat MAS hilang secara tiba-tiba daripada pemantauan radar trafik udara di Subang, semakin banyak spekulasi timbul mengenainya. 

 Antaranya ialah: 

 1. Kemungkinan terhempas. Tetapi menjadi tandatanya pakar kerana tidak ada komunikasi awal yang menunjukkan pesawat sedang mengalami sebarang masalah teknikal termasuk masalah cuaca. Pesawat hilang secara tiba-tiba dari radar! 

 2. Kemungkinan pesawat terus tenggelam ke dalam laut. Namun mustahil tidak meninggalkan sedikit serpihan pun! Jika ianya berlaku juga, secara teorinya masih boleh dikesan oleh teknologi canggih masakini. 

 3. Ada pakar mengandaikan bahawa pesawat B777-200, MH370 kemungkinan meletup secara tiba-tiba dan berkecai sama sekali atau bagaimana? 

 4. Ada juga yang membuat telahan pintu kargo terbuka atau tercabut menjadikan pesawat boleh hilang di angkasa kerana hilang kawalan. Mungkin pesawat melayang-layang macam layang-layang putus tali? 

 5. Timbul pula sangkaan dari pihak keselamatan yang mengatakan kemungkinan pesawat dirampas dan telah dibawa ke suatu destinasi yang tidak dapat dikesan oleh mana-mana pihak. Dakwaan ini dikuatkan lagi yang kononnya ada dua atau empat penumpang dikatakan menggunakan passport palsu. Apa pun, sehingga artikel ini ditulis, kehilangan pesawat ini masih berstatus misteri yang belum mana-mana pihak berani tampil membuat pengumuman rasmi tentang kedudukan sebenarnya. Ironinya ada beberapa fakta menarik di sekitar berlakunya peristiwa misteri pesawat MAS “hilang” seperti berikut; 

 1. Pakar mengakui bahawa MAS sebuah syarikat penerbangan terkenal dan mempunyai rekod cemerlang selama lebih 37 tahun tanpa kemalangan ‘major’.

 2. Peristiwa ini berlaku selepas pada sebelah petang harinya, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman bersalah dalam kes sodomi-ll oleh Mahkamah Rayuan.

 3. Malaysia telah pun diramal akan menjadi tumpuan dunia kesan dari keputusan Mahkamah Rayuan tersebut dan sekaligus menjelang PRK Kajang. 

 4. Namun belum sempat Malaysia dihujani dengan macam-macam tuduhan atas nama politik, MAS telah menarik seluruh perhatian antarabangsa ke Malaysia atas peristiwa kemanusiaan dan ketuhanan! 

 5. Berlaku satu senario mendadak terutamanya mesej atau status pengguna laman social atau media alternative berhubung peritiswa pesawat hilang ini iaitu “suara hati” yang mengajak seluruh dunia mengharapkan keajaiban dari kuasa TUHAN! Sekiranya sehingga kini akal manusia masih buntu tentang peristiwa kehilangan MH370, hati nurani atau roh sebenarnya tidak pernah buntu. 

 Sejahil mana atau sejahat mana sekali pun seorang manusia itu, bila mana akalnya bertemu jalan buntu, maka hati teruslah terdetik, Maha Berkuasanya Allah Yang Maha Agung! Ia, itulah hati! Hati atau roh yang memiliki ‘rasa’ akan mudah kembali kepada Allah bila akal mengalami kebuntuan! Kehilangan MH370 sekali lagi Allah mengajak manusia supaya mahu insaf sekali gus mengalah dengan Allah. 

Secanggih mana pun teknologi ciptaan manusia, itu semua tetaplah tertakluk kepada izin dan kuasa Allah! Banyak peristiswa dalam sejarah seperti banjir besar di zaman Nabi Nuh, hancurnya kaum Samud, terbaliknya kaum Lut, tenggelamnya Firaun dan lain-lain yang diceritakan oleh Allah dalam Al Quran, supaya manusia mengambil iktibar. Allah Yang Maha Memiliki alam ini berhak melakukan peristiwa demi peristiwa yang besar-besar mau pun kecil agar manusia mau sedar dan kembali kepada Allah walau pun jumlah mereka yang sedar itu hanya segelintir sahaja! 

 Sebagai contoh, padamnya api kaum Majusi yang berumur ribuan tahun dan bergegarnya istana Rom sempena kelahiran baginda Nabi, adalah satu cara Allah menyampaikan mesej ketuhanan kepada manusia. Maka salahkah kalau kita kaitkan peristiwa demi peristiwa yang berlaku di sekitar kita ini sebagai mesej-mesej dari Allah kepada manusia? Alam ini ibarat sebuah panggung yang sedang menayangkan berbagai gendre filem. Adakalanya filem aksi, filem sedih, filem fiksyen dan ada juga filem komedi. 

 Pengarah Agung filem ini adalah Allah. Krew-krew filem ini terdiri dari para malaikat dan makhluk ghaib. Pelakun-pelakunnya pula adalah manusia. Semua filem hakikatnya membawa mesej ketuhanan. Menerusi filem-filem tersebut, Allah mahu bercerita tentang dirinya yang Maha Berkuasa, Maha Kaya, Maha Bijaksana dan seluruh sifat kesempurnaan Allah yang tidak terhitungkan banyaknya. 

 Sepertilah reaksi manusia yang beragam terhadap filem-filem Hollywood atau Bollywood dan lain-lainnya, begitu jugalah terhadap filem yang Tuhan tayangkan kepada dunia. Hanya segelintir yang dapat mengambil iktibar dan hikmahnya. 

Antara hikmah dan iktibar kehilangan MH370 setakat ini ialah; 

 1. Sekurang-kurang manusia mahu berfikir dan kembali mengatakan hebatnya kuasa Allah walau pun untuk seketika! 

 2. Tentu ada segelintir manusia yang beriman akan bertambah keimanan mereka. Sedangkan orang beriman dan bertaqwa itu sentiasa mengaitkan sesuatu peristiwa dengan Allah sekali pun kakinya tertusuk duri di jalanan! 

 3. Mendorong manusia mengharap kepada kuasa Allah atau keajaiban dari Tuhan! 

 4. Di Malaysia khususnya, sekurang-kurangnya meredakan persengketaan politik yang semakin hari semakin menjauhkan manusia dengan Allah. 

 5. Mengalih pandangan dunia terhadap kekalutan politik di Malaysia kepada suatu peristiwa kemanusiaan dan ketuhanan! Dengan peristiwa ini, seolah-olah dunia sedang diajak untuk mengenal Allah melalui Malaysia! 

 6. Isu politik, ekonomi, social dan bencana alam yang kian parah dari masa ke masa semacam terhenti seketika oleh satu babak menarik. Allah mahu mengajak manusia kembali kepadaNya untuk menyelesaikan semua masalah kehidupan yang sedang meruncing. 

 7. Sekiranya kehilangan pesawat ini terus ‘hilang’, barangkali ianya isyarat besar menjelang peristiwa yang sangat besar di akhir zaman. 

 8. Mungkinkah misteri ini akan menjadikan manusia yang bertuhankan akal mahu untuk tunduk kepada suatu kuasa roh oleh “Kerajaan Ajaib” yang ghaib? 

 9. Apa pun hikmahnya hanya Allah Yang Maha Tahu. Di zaman Nabi Allah Nuh, Allah saw lakukan banjir besar di seluruh dunia, tetapi hanya sekitar 80 orang sahaja yang terus beriman dan makin kuat rasa bertuhan dalam diri mereka. 

 10. Tidak hairan jika peristiwa apa pun Tuhan lakukan, hanya segelintir manusia yang mahu kembali kepada Allah dikeranakan peristiwa tersebut. Pesawat MH370 bukan sahaja telah pun menerbangkan seramai 227 penumpangnya lalu “hilang” tetapi diharapkan impaknya boleh pula membuatkan hati-hati manusia untuk terbang bertemu Tuhannya sehingga dunia ‘hilang’ dari hati mereka. 


 Wallhu’alam.






Kami menanti dan terus akan menanti,
Khabar berita gembira atau sedih,
Kami terima dengan hati terbuka,
Biar tiada darah pertalian,
Doa kami tak putus-putus.

Pray For MH370















Tengs Read My Entry.Hit LIke and Comments ok

Tʜᴇ Tʜɪʀᴅ Tɪᴍᴇ Vɪsɪᴛɪɴɢ Mᴀʟᴀᴄᴄᴀ



Hai uolls!

Whatcha doing guys (:
This time entries I just want to share pictures of last week, I was once again going to the Malacca Heritage City. And guess how can I can go there again ?? and this time,it was the third time i was coming here.
Cewah speaking london aku tetibe pehal??kehkeh..



Actually last week a student from japan just came here. So somehow I can even be friends with her, her name is Hinako Koyama. She comes from Kanagawa, Japan.
She was here for her university project. She will become instructors to teach the Japanese language. She was here for a month.

For me she is really cute
Friendly & easy going person (:

So I already did some things out last week too, and I  ask hinako if she wants to go out with and she also wants to. As this is her first coming to Malaysia, Me and friends also wants to introduce her about Malacca.

So here's our pictures
^_^















First time naik Taming Sari
Jakun dowh
hihi..


Tu dio macam kereta mainan je..^^,






Haha,rasa mcm ladies sgt2 pkai cenggini.
well,purple is my fav ^^,


Ustazah B & Kak amy
Peewit ^^,


Peace ^^,


Pizza Hut,Mahkota Parade,Malacca
^_^


Photographer suh free style,tapi aku sorang je syok sendiri
wakaka ^^,
Btw 
Photographer adalah buah hati Ustazah B.


Aucakkkk ^^,


Purple 


Afamosa again 
















So terima kasih pada photographer yang sudi melayah karenah kami yang pelbagai.hikhik
Terima Kasih juga kerana menjadi driver kami .hihi.

Cc to : Muhammad Naquib (Walid Ustazah B) 

Tengs Read My Entry.Hit LIke and Comments ok