Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel Facebook Wan Hazel Twitter Wan Hazel Tutorial

Nasi Arab Mandy


Salam.Hye peeps.Lamaya la hai xhupdate blog ni.kuikui.Bz sesangat sbnrnya.K la tada ape nak di update sgt,cma juz nak terobek blk sempena besday My Daddy yg lepas,me and mom were making a specially dishes for him.Nasi Arab Mandy and cake chocolate.Semua buat sendiri u olls.Jimat ongkos,sedap pun sedap.hihi.

Ok sambil tu aku pun turut belajar jugak la cara nak masak nasi arab mandy ni,takda susah mana pun.Cehhh..hihi.Maklumla mak aku mmg terer bab masak memasak ni.Jadi rugi ler lau aku xhamik peluang kan.So guys,i juzt want to share this simple recipe.K bai~~Selamat Mencuba.hee..











Resepi Nasi Mandy (Ayam)


Bahan-bahan ayam:

1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih 
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa 
2 biji bawang besar ~ dihiris bulatGaram
Sedikit pewarna kuning/ saffron ( kalau takde guna serbuk kunyit pun boleh)
Aluminium foil.

Cara penyediaan ayam:

1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.
**Semasa ayam dibakar, ayam akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air didalam ayam tersebut dan barulah bakar semula selama 10 minit atau sehingga ayam sedikit garing.
**Kuah dari ayam tadi, saya campurkan dgn saffron/pewarna kuning sebelum dimasukkan ke dalam nasi.


Nasi: 
4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi (saya pakai minyak jagung)
4 1/2 cawan air atau secukupnya
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus 
1/3 cwn kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan nasi:
1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.


Sos:
1 biji tomato ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
Garam
Gula
Perahan lemon.


Salad Arab

Bahan-bahan Salad Arab

Timun Zuccinni didadu
Daun salad
Tomato cherry didadu
Daun ketumbar
Daun pudina
1 cili merah di hiris
1 botol yogurt

Cara Penyediaan :
1. Potong semua bahan-bahan di atas
2. Letakkan yogurt dalam ni. Terus masukkan dalam peti ais biarkan sejuk. Bila nak makan nanti baru gaulkan.

Cara penyediaan:
Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.


Bahan - bahan rempah kabsa:
1 sudu makan bunga cengkih **
1 sudu makan lada hitam **
1 sudu makan jintan manis **
1 sudu makan jintan putih **
2 sudu makan biji ketumbar **
1 sudu makan buah pelaga **
1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods) **
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh kunyit

Cara penyediaan:

1. Goreng tanpa minyak bahan2 yg bertanda ** sehingga naik bau dan angkat.
2. Kemudian kisar semua bahan sehingga hancur.
3. Simpan rempah yg telah dikisar didalam bekas yg kedap udara.

Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa. Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.


p/s: sambil sambil masak tu jangan lupa berzikir ye.

















Tengs Read My Entry.Hit LIke and Comments ok